PERGHH!!! Gaun kahwin Anzalna terima tawaran RM100,000.....3 foto.



Pembeli dari negara Arab berminat untuk membeli gaun Barbie Mariposa yang dipakai Anzalna pada majlis perkahwinannya.







PETALING JAYA: Selepas mendapat perhatian pengguna media sosial termasuk dari United Kingdom dan Eropah, khabarnya gaun kahwin pelakon Anzalna Nasir mendapat tawaran sebanyak RM100,000.


Pelakon itu menceritakan, pereka gaun itu memaklumkan kepadanya pembeli dari negara Arab berminat untuk membeli gaun itu yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa.


Anzalna berkata, pembeli itu menawarkan harga USD25,000 untuk membeli gaun yang dipakai pada majlis resepsi perkahwinannya.





“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 terhadap gaun tersebut”

“Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal,” katanya yang dipetik portal hiburan Rotikaya,com.


Butik Cosry mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan gaun tersebut.


Gaun itu menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata swarozski serta beberapa jenis batuan lain.


Barbie Mariposa adalah watak kartun patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan