Kisah sebenar sekumpulan warga asing pijak ikan bilis di Pulau Pinang
Gambar sekumpulan lelaki ‘Tall, Dark, Handsome’ yang sedang sibuk membungkus produk ikan bilis, tersebar di laman sosial.
Gambar yang dimuat naik oleh Hasan Syahman di laman Facebook itu mendakwa, para pekerja warga asing terbabit memijak ikan bilis yang sedang dibungkus lapor The Hype Media.
“Satu lagi kejorokan dikesan di Pulau Pinang. Pekerja ini sedang memijak ikan bilis yang sedang dibungkus. Inilah rutin kerja mereka setiap hari,” katanya.
Bagaimanapun, dari siasatan kami mendapati insiden itu bukan berlaku di Malaysia, tetapi di negara jiran, Thailand.
Gambar-gambar tersebut dikesan tersebar di laman sosial sejak 15 Januari 2015 yang mengundang pelbagai kritikan netizen di negara itu.
Mana tidaknya, ikan bilis yang merupakan makanan harian kita diletak atas lantai sebelum dimasukkan ke dalam kotak. Bagi menjimatkan lagi ruang, para pekerjanya pula memijak-mijak ikan bilis itu dengan selipar sebelum ditutup bagi mencapai jumlah berat yang dikehendaki.
Produk ikan bilis keluarga cap sauh kapal ini difahamkan tidak dijual di pasaran Malaysia.
http://www.tawaurians.com/2015/12/kisah-sebenar-sekumpulan-warga-asing.html
0 ulasan:
Catat Ulasan