Kajol Dedahkan Rahsia Bagaimana Turun 18kg Berat Badan Selepas Bersalin


Setelah sekian lama tidak membintangi apa-apa filem, Kajol muncul menerusi filem Diwale bersama gandingan serasinya sejak dua dekad lalu Shah Rukh Khan dan filem ini telah berjaya menjadi popular dan diminati ramai.

Kebanyakan penonton amat terhibur dengan filem tersebut dan ramai yang bertanya-tanya bagaimana mereka dapat kekal paras rupa yang bagai tidak di mamah usia. Kajol sendiri kelihatan lebih kurus berbanding kemunculannya di layar perak sebelum ini dan Shah Rukh Khan juga lebih berotot kini.

Di fahamkan ibu kepada dua cahaya mata itu begitu berdisiplin melakukan senaman dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua.

Kajol memaklumkan antara perkara yang dilakukan untuk turun berat badan sebanyak 18kg itu ialah:

1. Senaman setiap hari konsisten.

2. Tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Utamakanm ikan, telur, kekacang, ayam dan susu di dalam makanan seharian.

3. Perbanyakkan minum air dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat untuk mengelakkan rasa lapar.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan