
PETALING JAYA: Lakonan seorang remaja berumur 15 tahun yang cuba menyembunyikan anak yang baru dilahir hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya ‘kantoi’.
Dia melahirkan anak seorang diri di dalam biliknya dan kemudian meletakkan bayi itu di belakang rumah di Taman Datuk Rashid, Kuantan.
Remaja berkenaan melahirkan bayi itu kira-kira 11.15 malam.
Dia kemudian berpura-pura memberitahu kepada ibunya bahawa dia terdengar tangisan bayi di belakang rumahnya.
Remaja itu pada awalnya tidak mengaku bayi anak yang baharu lahir itu adalah anaknya.
Namun, remaja itu mengaku selepas selepas didesak beberapa kali oleh bapanya yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, lapor Sinar Harian.
Remaja itu mengaku meletakkan anaknya di belakang rumah kerana terlalu panik.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran.
0 ulasan:
Catat Ulasan